Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

App Kamera Google

Tiada detik yang terlepas dengan adanya Kamera Google dan ambil gambar menarik menggunakan ciri seperti Potret dan Mod Malam.

Ciri
• HDR+ dengan kawalan dwidedahan - Ambil gambar menggunakan HDR+ untuk menangkap foto menarik, terutamanya dalam cahaya malap atau pemandangan cahaya belakang.
• Mod Malam - Anda pasti tidak akan menggunakan denyar anda lagi. Mod Malam mendedahkan semua butiran dan warna terbaik yang tidak kelihatan dalam gelap. Anda juga boleh menangkap gambar Bima Sakti!
• Zum Peleraian Super - Zum Peleraian Super menjadikan gambar anda jelas apabila anda mengezum masuk—tanpa kabur.
• Foto Terbaik - Pilih detik sempurna menggunakan Foto Terbaik. Mencadangkan gambar terbaik secara automatik apabila tiada seorang pun yang berkelip dan semuanya kelihatan sempurna.
• Potret - Tambahkan latar belakang kabur yang elegan (bokeh) pada gambar. Google Photos juga boleh menjadikan subjek foto anda pop dengan mengekalkan warna subjek, sementara latar belakang ditukarkan kepada hitam putih.
• Cadangan Google Lens - Halakan kamera anda pada Kod QR, kad perniagaan, dokumen kertas atau teks bahasa asing. Ciri ini akan membantu anda membaca, mengimbas dokumen, menterjemah dan pelbagai lagi.
• Playground - Berseronoklah menggabungkan dunia sebenar dengan maya melalui pelekat AR dan kesan!

Keperluan - Versi terbaharu Kamera Google berfungsi pada telefon Pixel untuk Android 10 ke atas sahaja. Sesetengah ciri tidak tersedia pada semua peranti.

Kebenaran
• Kamera: Diperlukan untuk menangkap gambar dan merakam video
• Mikrofon: Diperlukan untuk merakam audio pada setiap video.
• Storan: Diperlukan untuk menyimpan gambar dan video.
• Lokasi: Diperlukan jika anda mahu merakamkan maklumat lokasi pada gambar dan video anda.

Download 

Sumber artikel : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.google.android.GoogleCamera&hl=in

Post a Comment for "App Kamera Google"